
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam seperti didakwa.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, pengambilan dan pelantikan kakitangan dalam perkhidmatan awam dibuat berasaskan merit serta kompetensi calon tanpa melibatkan kuota seperti ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“SPA tidak pernah menetapkan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam perlu menepati sebarang kuota termasuk membabitkan agama, kaum, etnik atau negeri tertentu.
“Sebaliknya, kebanyakan yang menyertai perkhidmatan awam adalah bergantung kepada kehendak, minat dan kecenderungan individu berkenaan sendiri,” katanya dalam…