
PETALING JAYA: Muda dan presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa “meninggalkan blok kerajaan” dan menyertai pembangkang susulan kenyataannya yang menggelar DAP “lap-dog” (pengikut setia).
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Howard Lee, berkata sudah tiba masa untuk Syed Saddiq dan Muda membuat keputusan itu.
“Saya yakin dengan penarikan sokongan dan hilangnya Muda daripada kerajaan perpaduan, kita akan lebih mudah fokus.
“Tugasan kita dalam membina negara dan menjaga kebajikan rakyat akan lebih senang kerana tidak ada lagi keperluan untuk melayan kerenah ‘kebudak-budakan’ sesetengah individu dan parti,” kata Lee dalam kenyataan.
Semalam, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar, bersetuju dengan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa DAP menjadi “lap-dog” yang membenarkan penyalahgunaan kuasa berlaku.
Dia juga…
