

Mentaliti masyarakat yang terlalu mengejar kepentingan material sehingga mengabaikan integriti antara cabaran utama dalam usaha membanteras rasuah dalam negara.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berkata fenomena disifatkan sebagai ‘masyarakat berfikiran rasuah’ itu terbukti daripada kajian yang menunjukkan trend membimbangkan dalam kalangan generasi muda.
Katanya, kecenderungan untuk ‘menghalalkan cara’ demi keuntungan material merupakan pemikiran yang perlu dibendung.
“Ini terbukti bila 2004, satu kajian dibuat oleh UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) menunjukkan 30% daripada responden terdiri mahasiswa mengatakan mereka sanggup mengambil rasuah sekiranya diberi peluang.
“Tahun 2016 kemudian…ada penurunan sikit iaitu 16% namun demikian, angka-angka ini sebenarnya angka yang tidak sedap…