
PETALING JAYA: Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri (PRN) semalam menunjukkan bahawa masyarakat Cina kini kembali menyokong gabungan itu, kata seorang aktivis politik.
Francis Paul Siah berkata pengundi Cina di negeri itu menyokong Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti komponen GPS.
“Ia juga menunjukkan pengundi Cina memilih kestabilan dan pengalaman mentadbir yang dilihat dalam pentadbiran GPS dan bukannya keadaan kucar-kacir ahli politik yang tidak dikenali dalam lapan parti pembangkang yang bertelingkah sesama sendiri,” kata Siah yang memimpin Gerakan untuk Perubahan, Sarawak (MoCS).
Beliau menggesa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) supaya berhenti “membuli” parti itu, sambil merujuk kepada kehilangan kerusi tradisi SUPP iaitu Mambong dan Dudong, kerana insiden…