
PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menyindir pihak yang melemparkan dakwaan terhadapnya berhubung rasuah dan penyelewengan supaya mencari fakta yang lebih baik kerana apa yang didakwa itu “terlalu lapuk”.
Menerusi tweetnya, beliau mempersoalkan kredibiliti sumber yang dikatakan sebagai pemberi maklumat.
“Sumber” berkata?
“Semalam 50,000, hari ini 200,000? Sejujurnya peruntukan untuk menteri lebih daripada itu,” tulisnya.
Memetik sumber, The Star melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat “hadiah” RM200,000 ketika Maszlee menyandang jawatan Menteri Pendidikan.
Laporan itu berkata, wang itu ternyata untuk ‘tujuan politik’.
Bagaimanapun, Maszlee dalam tweetnya hari ini menulis dengan emoji ketawa: “Aktiviti politik? Adakah saya orang parti ketika itu?”
Malaysiakini yang memetik sumber yang tidak…