Hot FM

Mat Sabu bimbang warga asing monopoli sektor pertanian


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata monopoli itu perlu dihentikan segera bagi memastikan sektor pertanian dikuasai pengusaha dan pekerja tempatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bimbang sektor pertanian negara dimonopoli tenaga kerja asing kerana ada rakyat tempatan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing sehingga menyebabkan monopoli golongan itu.

Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, kegiatan itu perlu dihentikan segera bagi memastikan sektor pertanian dikuasai pengusaha dan pekerja tempatan.

“Lesen Ali (Bumiputera), tetapi yang buat Baba (warga asing). Macam buat bendang, kita kena lihat dengan serius kenapa di Sekinchan, Selangor berjaya. Orang kita apabila buat kerja sendiri kadang-kadang tidak boleh (fokus), tetapi kalau kaum lain, apabila mereka buat kerja sendiri, mereka (fokus) betul sampai ke malam.

“Kita tak mahu (kisah) lama berulang, kalau 60-an, 70-an dan 80-an…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version