
KLANG: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu sedia menjawab segala persoalan mengenai isu padi dan beras tempatan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Ketika ini, beliau berkata, pihaknya sedang mengadakan libat urus dengan semua pemegang taruh bagi menyelesaikan isu bekalan beras tempatan dan harga belian padi.
“Kita akan cuba mencari jalan untuk memuaskan semua pihak. Kalau tuntutan padi sebagai contoh, harga sepatutnya ditetapkan setakat mana, bagaimana jika berlaku kenaikan harga beras, bagaimana dengan B40,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah di sini.
Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, pihaknya akan berbincang dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) untuk…