Pengerusi PH Terengganu Raja Kamarul Bahrin berkata pihaknya tidak pernah membincangkan isu calon menteri besar negeri itu.

PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Pimpinan PKR Terengganu Azan Ismail sedia menyokong Ahmad Said sebagai “poster boy” negeri itu pada PRN akan datang dianggap hanya pandangan peribadinya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin, dalam kenyataan berkata ketika ini rundingan kerusi masih berjalan, sambil menambah pihaknya tidak pernah membincangkan isu “poster boy”.
“Sehubungan itu segala kenyataan mengenai ‘poster boy’ tersebut adalah pandangan individu sahaja dan bukan keputusan PH Terengganu,” katanya.
Semalam, PKR Terengganu menyatakan kesediaan menyokong ketua Umno negeri itu sebagai “poster boy” kerajaan perpaduan bagi menawan…