Selepas mati, kita akan hidup di alam kubur dan seterusnya hidup yang kekal abadi adalah di akhirat kelak. Apabila sampai waktunya, kita akan pergi jua ke alam abadi untuk menemui Ilahi.
Cara kematian dan bila itu menjadi rahsia yang Maha Berkuasa. Malah, sakit dan tua bukanlah syarat untuk mati, ada juga yang meninggal tanpa sebarang sakit, umurnya habis sewaktu tidur dan sebagainya.
Demikianlah hakikatnya…
Kematian juga dikatakan sesuatu perkara yang menakutkan bagi orang yang lalai akan perintah Allah SWT. Kerana susah atau senang sakratulmaut adalah bergantung kepada amalan kita di dunia ini.