Perkongsian usahawan selebriti, Shuib, mencuri perhatian selepas dia membawa anak-anaknya menziarahi pusara arwah isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin.
Video berdurasi lebih satu minit mempamerkan, Shuib, Matin, Talita dan Watie membersihkan pusara arwah sambil bercerita mengenai perkembangan terkini anak-anaknya.
“Semalam ziarah kesayangan. Macam biasa sedekah kan Al Fatihah, bersihkan kubur sambil berborak dengan arwah.
“Bercerita tentang perkembangan baru anak-anak, cerita kehidupan dunia pada Dia,” katanya.
Lebih menyentuh hati, tindakan Matin gagal menahan sebak tatkala diminta menyanyikan lagu baharunya itu menyentuh hati ramai apatah lagi anak kecil itu sering dilihat ceria.
Kata Shuib, anak ketiganya itu adalah anak yang kuat dan paling susah untuk menangis, namun kali ini Matin seolah-olah gagal menahan sebak dan semakin faham erti rindu sebenar kepada susuk seorang ibu.
“Semalam tiba-tiba jatuhnya air mata seorang Matin.
“Mungkin bila dia dah makin besar, dia dah mula dan makin faham tentang “Rindu”. Dulu Ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun, masa tu dialah bongsu, anak paling manja.
“Tak boleh jauh dengan Ibu, selalu berkepit dengan Ibu, tidur berpeluk dengan Ibu sampai macam nak termasuk dalam perut Ibu.
“Anak yang tak pernah kena bantai dengan Ibu. Anak terpaling manja dengan Ibu. Sekarang bila usianya 10 tahun, dia mula faham tentang banyak perkara.
“Setelah lama daddy nya tak menangis, jatuh jugalah air mata ini berjurai-jurai sebab ada yang mulakan. InsyaAllah, harap Ibu juga ada di saat kami menangis semalam,” kongsinya.
@shuibsepahtuSemalam ziarah kesayangan. Mcm biasa sedekah kan Al Fatihah,bersih2 kan kubur sambil berborak2 dgn si Dia.Bercerita tentang perkembangan baru anak2,cerita kehidupan dunia pada Dia.Matin adalah anak yg paling susah nangis,nama pon Matin “kuat”. Smlm tiba2 jatuhnya air mata seorang Matin,mgkn bila dia dah makin besar,dia dah mula dan makin faham tentang “Rindu”.Dulu Ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun,masa tu dialah bongsu,anak paling manja.Tak boleh jauh dgn Ibu,selalu berkepit dgn Ibu,tido berpeluk dgn Ibu smpi mcm nak termasok dlm perut Ibu.Anak yg tak pernah kena bantai dgn Ibu.Anak terpalinggggg manja dgn Ibu.Skrg bila usianya 10 Tahun,dia mula faham tentang byk perkara.InsyaAllah semuanya akan ok Matin,Daddy,adik beradik,mummy akan selalu ada.Jadi smlm setelah lama daddy nya tak menangis,jatuh jugalah airmata ini berjurai2 sbb ada yang mulakan 😁 InsyaAllah,Harap Ibu juga ada di saat kami menangis smlm 😁 Selamat berpuasa Ibu.♬ original sound – shuibsepahtu
Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, setelah dua tahun menjadi ayah tunggal, Shuib akhirnya berkahwin dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.