
KOTA KINABALU: Ejen pelancongan dan pengembaraan menyambut baik keputusan kerajaan negeri Sabah memutuskan pengunjung ke negeri itu yang telah lengkap divaksin tidak perlu menjalani ujian calitan.
Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Tan Kok Liang berkata dalam kenyataan: “Pengunjung tidak kira untuk tujuan bisnes atau percutian pasti akan menyambut baik perkara ini. Ini amat baik untuk pelancongan dengan kesannya turut dinikmati hotel, sektor pengangkutan serta restoran.”
Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah memahami perlunya memacu industri pelancongan dan meningkatkan bilangan pelawat ke negeri berkenaan.
Terdahulu hari ini, Ketua Menteri Hajiji Noor mengumumkan bahawa pelancong yang telah divaksin lengkap boleh memasuki Sabah tanpa melakukan ujian…