
PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengarahkan MYAirline bertanggungjawab membuat bayaran balik kepada penumpang yang membeli tiket tetapi tidak dapat meneruskan penerbangan susulan tindakan syarikat tambang murah itu menggantung operasinya serta-merta.
Dalam kenyataan, Mavcom berkata MYAirline juga sudah diarah untuk segera menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan di semua platform tempahan sehingga notis lanjut diberikan.
Katanya, syarikat penerbangan itu sudah diminta segera membantu pengguna terjejas dengan memaklumkan mengenai penggantungan operasi berkenaan di semua saluran komunikasi.
“Pengguna yang membeli tiket pada 12 Okt 2023 dan selanjutnya boleh menghubung saluran aduan khas MYAirline dan saluran khusus Mavcom untuk bantuan,” kata suruhanjaya itu.
Terdahulu MYAirline dalam kenyataan memaklumkan…