Site icon Hot FM

Mavcom patut kekal badan bebas, kata pakar


Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, kementeriannya mengusahakan cadangan untuk menggabungkan Mavcom dengan CAAM.

PETALING JAYA: Pemain industri berbelah bagi sama ada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) patut digabungkan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), seperti dicadangkan baru-baru ini.

Bekas Pengerusi Tourism Malaysia Wee Choo Keong berkata, dua agensi itu sudahpun bergelut memenuhi tugasan masing-masing.

“Anda dapat lihat begitu banyak masalah dengan dua agensi itu. Jika semuanya dimasukkan bawah satu bumbung ini akan lebih memburukkan keadaan,” katanya kepada FMT.

CAAM menyelia peraturan penerbangan bagi memastikan pesawat disenggera sewajarnya mengikut standard perkhidmatan, manakala Mavcom menyelaras perkara ekonomi dan komersial berkait penerbangan awam.

Wee mengulas pengumuman dibuat Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dua minggu lalu bahawa kementeriannya merancang membentangkan cadangan penggabungan Mavcom dan CAAM menjadi satu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version