
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang dalam proses menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi syarikat penerbangan tempatan untuk mengukur prestasi ketepatan masanya, Dewan Rakyat diberitahu.
Badan kawal selia industri penerbangan itu juga sedang mengkaji menetapkan peratusan pembatalan penerbangan, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
“Mavcom dalam proses menentukan taraf prestasi bagi Pencapaian Ketepatan dan Kadar Pembatalan Penerbangan bagi syarikat penerbangan Malaysia.
“Proses ini dianggarkan akan selesai pada suku pertama 2024,” kata Loke pada Waktu Pertanyaan Menteri.
Loke turut mendedahkan bahawa Malaysia Airlines dan AirAsia menunjukkan prestasi paling buruk dari segi prestasi ketepatan masa bagi penerbangan domestik pada suku ketiga 2023, kedua-duanya pada 74%.
Prestasi ketepatan masa ditakrifkan sebagai ketibaan…