
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mencadangkan penjualan perniagaan jalur lebarnya kepada Maxis Bhd dengan nilai tunai sehingga RM83 juta, langkah strategik yang membolehkan kumpulan penyiaran itu menumpukan semula sumber kepada perniagaan teras kandungan, pengiklanan dan hiburan.
Menurut makluman Astro kepada Bursa Malaysia, cadangan pelupusan tersebut dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), kepada…
