
PETALING JAYA: Pengendali mudah alih, Maxis, yang sebelum ini disebut-sebut menerajui rangkaian 5G kedua akan berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkait rasional pemilihan U Mobile.
“Kami akan melibat urus pihak SKMM untuk memahami rasional keputusan mereka dan akan mempertimbangkan pilihan-pilihan kami selepas perbincangan dengan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, dengan infrastruktur rangkaian kukuh dan kepakaran Maxis, cadangan pelaksanaan rangkaian 5G dijangka mengambil masa dan sumber yang jauh lebih sedikit untuk mencapai peratus liputan kawasan berpenduduk yang sama seperti rangkaian 5G pertama.
Liputan 5G dalam bangunan turut akan disediakan di kawasan tersebut.
Pengendali rangkaian terkemuka Malaysia, CelcomDigi, juga menyatakan syarikat itu berkemampuan…
