Site icon Hot FM

Maya Karin Sambut Birthday Ke-40 Di Bali!

Penyanyi dan pelakon yang cukup sinonim dengan watak hantu, Maya Karin baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Selasa.

Menariknya, sambutan itu diadakan bersama rakan-rakan di negara seberang, Bali, Indonesia.

Sekali tengok video penginapan yang dikongsikan Maya di Instagram, membuatkan kita juga ingin turut serta bercuti!

Seronoknyaaa! Walaupun umur sudah memasuki angka 40-an, Maya tetap kelihatan cantik dan tak makan tua kan?

Selain video, aktres kelahiran Jerman ini turut berkongsi beberapa foto menarik di Noku Beach House, Bali.

Happy Birthday, Maya! Semoga sihat selalu dan berjaya dalam hidup.

Exit mobile version