Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat 2 beranak maut lebih 48 jam ditemui dalam rumah

today24 March 2026

Background


garisan polis police line
Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata mayat anak lelaki berusia 40-an dan ibunya berusia 70-an ditemui di ruang tamu serta dapur.
PETALING JAYA:

Mayat dua beranak disyaki meninggal dunia lebih 48 jam ditemui dalam sebuah rumah di Bedong, dekat Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata aduan orang awam diterima sekitar 6.05 petang dan anggota yang tiba di lokasi terpaksa memecah masuk rumah berkunci dari dalam itu.

“Mayat dua beranak itu, iaitu anak lelaki berusia 40-an dan ibunya berusia 70-an ditemui bahagian ruang tamu serta dapur,” katanya menurut Sinar Harian.

beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan akibat senjata tajam dan kes diklasifikasikan mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post