Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat budak perempuan ditemui di lokasi tanah runtuh

today20 December 2022

Background



Trak polis membawa keluar mayat seorang kanak-kanak perempuan yang baru ditemui malam ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui di lokasi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, dekat sini pada 11.15 malam ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun itu, menjadikan angka korban meningkat kepada 25 orang.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

“Saya sahkan penemuan mayat kanak-kanak perempuan tersebut,” katanya ringkas kepada Bernama malam ini.

Suffian memaklumkan maklumat lanjut mengenai penemuan mayat itu akan diberikan dalam sidang media esok pagi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat hari kelima ditangguhkan pada 12 tengah malam ini dan akan bersambung semula 8 pagi esok.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post