Hot FM

Mayat dalam beg disahkan Suri Narudin


Suri Narudin
Suri dilaporkan hilang sejak 8 Dis dan dua lelaki ditahan di Melaka serta Genting Sempah kurang 24 jam selepas penemuan mayat pada 18 Dis. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui dalam beg dan ditanam berhampiran sebuah rumah kosong di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau pada 18 Dis lalu adalah Suri Narudin.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata pengesahan identiti dibuat hasil padanan cap jari dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lapor Harian Metro.

Menurutnya, satu set cap jari mayat dihantar ke Pejabat Pendaftaran Penjenayah Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk perbandingan.

“Hasil pemeriksaan mendapati cap jari tersebut sepadan dengan rekod dalam Sistem JPN atas nama Suri Narudin, yang dilaporkan hilang di Balai Polis Ampang pada 15 Dis lalu,” katanya.

Alzafny berkata laporan analisis DNA daripada Jabatan Kimia Malaysia turut mengesahkan identiti mangsa.

“Keputusan analisis menunjukkan hubungan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version