Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh

today9 January 2025

Background


Mahkamah Majistret Mersing
Pemandu lori Hasbullah Adam didakwa di Mahkamah Majistret Mersing atas tuduhan membunuh Shakirin Mohammad yang mayatnya ditemui dalam but kereta milik mangsa pada Disember lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Mersing atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta dengan kecederaan di leher pada bulan lalu.

Hasbullah Adam, 36, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Hasbullah didakwa membunuh Shakirin Mohammad, 28, yang juga pemandu lori di antara jam 6.10 pagi pada 26 Dis hingga jam 1.50 tengah hari 28 Dis lalu di tepi Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara di antara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters