
SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dengan kesan kecederaan di kepala ditemukan dalam semak berhampiran Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa berkata polis menerima laporan dari orang awam berkenaan penemuan mayat tersebut jam 9.10 pagi dan hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dalam semak dan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala.
Beliau berkata mangsa dipercayai warga asing kerana tiada tanda suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) ditemukan pada mayat berkenaan.
“Berhampiran mayat yang berusia lingkungan 40an itu, terdapat sebuah motosikal jenis Modenas warna putih, berjarak lebih kurang tiga meter,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Ramli berkata…