Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat ke-8 tragedi Jeram Air Putih dijumpai

today4 July 2023

Background


Mayat Putri Alleya Maisarah Karim, 16, ditemukan di atas beting pasir pada ketinggian lima meter.

Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan dua lagi mangsa masih hilang. (Gambar Bernama)

CHUKAI: Mayat kelapan mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih ditemukan kira-kira 3 petang tadi.

Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan, berkata mayat Putri Alleya Maisarah Karim, 16, dijumpai pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian iaitu di sektor A di atas beting pasir pada ketinggian lima meter.

Pengecaman mayat dilakukan oleh waris mangsa.

“Kedudukan mayat Putri Alleya Maisarah hanya 500m dari lokasi penemuan mayat kedua iaitu adiknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, pada Ahad,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.

Pada Ahad, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post