Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman rumah

today9 September 2024

Background


Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki dengan kesan terbakar di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau, kira-kira 6.30 petang tadi. (Gambar PDRM Arau)

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki yang identitinya sedang dikenal pasti itu daripada orang awam pada 6.33 petang.

Menurutnya, lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia kira-kira tiga hari itu ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

“Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dan terbakar serta mula menggelembung,” katanya, lapor Bernama.

Ahmad Mohsin berkata, tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh mayat itu dan tiada unsur jenayah dikesan.

Katanya, lelaki itu dipercayai seorang pemotong rumput upahan dan disyaki maut akibat disambar api daripada sebuah mesin rumput.

Mayat dibawa ke…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post