Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat lelaki ditemui dalam tangki air

today4 February 2025

Background


garisan kuning
Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki ditemui terlungkup dalam tangki air di sebuah pelantar di Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor, Perak petang tadi.

Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.15 petang.

“Anggota dari Balai Polis Pangkor datang ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tersebut bagi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian menemui seorang lelaki dalam keadaan terlungkup dan tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air,” katanya dalam kenyataan lapor Kosmo.

Beliau berkata, pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Beliau juga meminta orang ramai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post