Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat lelaki ditemukan berulat dalam bilik tidur

today2 November 2024

Background


garisan polis
Polis di Tanah Merah menemukan seorang lelaki berusia 53 tahun meninggal dunia di dalam bilik tidur di tingkat atas sebuah rumah di Taman Selasih.

PETALING JAYA: Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Tanah Merah malam tadi.

Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hari lepas, berdasarkan keadaan mayat yang berbau dan berulat, lapor Bernama.

Ketua Polis Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah berkata, pihaknya pergi ke rumah di Taman Selasih itu setelah menerima maklumat dan mendapati lelaki terbabit meninggal dunia di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah.

Katanya, disebabkan lelaki tersebut hanya tinggal bersama bapanya berusia lingkungan 90an yang telah nyanyuk, polis terpaksa memecahkan pintu rumah untuk membuat pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati kematian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Mayat lelaki tersebut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post