Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat ‘pak guard’ dalam but kereta, rakan sekerja didakwa esok

today29 September 2024

Background


Gavel
Polis berkata, lelaki berusia 20-an akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Selangor. (Gambar Pexels)

PETALING JAYA: Masalah peribadi dan hutang dipercayai mendorong rakan sekerja membunuh pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta, di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lalu.

Ketua Polis Sabak Bernam Robin Guha Thakurta, berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap seorang lelaki berusia 20-an yang ditahan sehari selepas penemuan mayat terbabit.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan daripada lelaki terbabit termasuk tiga pisau dan pakaian dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh menemukan kesan tikaman, kelar serta kecederaan akibat objek tumpul dan keras pada beberapa bahagian badan mangsa,” katanya menurut Bernama.

Robin berkata, lelaki berkenaan yang kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Sri Lanka tambah duka skuad B-19 negara

Kuala Lumpur: Harapan untuk berpesta gol tidak kesampaian buat skuad bawah 19 (B-19) tahun negara apabila mengakhiri saingan kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 dengan keputusan seri 1-1 menentang Sri Lanka, sebentar tadi.

today29 September 2024