
PETALING JAYA: Seorang wanita yang mayatnya disimpan dalam peti sejuk selama tiga tahun di sebuah rumah di Taman OUG, Kuala Lumpur, dipercayai mati kerana kecederaan pada dada akibat objek tumpul.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa laporan awal bedah siasat pada mayat wanita berusia 80an itu mendapati si mati meninggal dunia akibat kecederaan pada dada akibat objek tumpul.
“Kami sudah merakam percakapan sembilan individu setakat ini dan masih menunggu laporan lengkap bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Rusdi berkata mayat mangsa sudah diserahkan kepada suaminya pada pagi ini untuk urusan pengebumian.
Anak lelaki mangsa berusia 53 tahun yang juga suspek kes itu sudah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya Selasa lalu dan kini ditahan di IPD Brickfields sehingga tempoh reman berakhir pada 26 Nov.
Lelaki itu pada awalnya dihantar ke…