
PETALING JAYA: Mayat seorang wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air sebuah rumah, di Kampung Pendamar, Klang.
Mayat ditemui ketika rumah itu sedang dibaiki oleh pemilik rumah berkenaan, yang ingin menyewakan kediaman itu kepada penyewa baharu.
Sumber dipetik sebagai berkata rumah itu dibaiki selepas pemilik dimaklumkan bahawa penyewa lama ingin berpindah keluar, pada Okt lalu. Penyewa lama berkenaan ialah dua lelaki warga asing.
Ketika memeriksa rumah berkenaan, pemilik bertanyakan kepada penyewa lama tentang tambahan simen di bilik air dan diberitahu bahawa simen ditambah kepada ada “bangkai tikus” mengalir masuk ke kolah mandi.
Pemilik tidak mengesyaki apa-apa ketika itu, lalu mengupah pekerja untuk membaiki rumah berkenaan.
“Ketika proses membaiki itulah mayat mangsa ditemui di dalam simen terbabit sebelum pemilik rumah tampil membuat laporan di Balai Polis…