Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Maybank Tampil Dengan ‘Money Lock’, Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna MAE

today28 April 2025

Background


Tujuan utama ciri keselamatan ‘Money Lock’ adalah mewujudkan benteng pertahanan terakhir terhadap aktiviti penipuan digital bagi memastikan sejumlah simpanan pengguna kekal tidak dapat diakses oleh penjenayah.

Meskipun terdapat tanggapan ciri perlindungan sebegini hanya relevan bagi mereka yang memiliki simpanan besar namun ia tidak tepat sama sekali.

Hal ini demikian kerana golongan profesional muda yang celik digital juga berisiko menjadi mangsa penipuan dalam talian seperti serangan perisian hasad (malware).

Sebagai ciri keselamatan yang inovatif, ‘Money Lock’ tampil memenuhi keperluan setiap peringkat umur termasuk golongan profesional muda berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Walaupun bukan bertujuan sebagai instrumen simpanan tradisional, golongan ini boleh memanfaatkan ‘Money Lock’ sebagai cara kreatif untuk membina asas kewangan yang kukuh.

Dengan mengunci dana tertentu, mereka dapat mengelakkan diri daripada perbelanjaan impulsif, sekali gus memudahkan penyimpanan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post