1. Masak nasi dengan sukatan dua cawan beras dan dua suku cawan air. Hal ini untuk membuatkan nasi lebih lembut dan fluffy.
2. Masukkan nasi yang telah masak ke dalam bekas lain. Kemudian, gaulkan nasi yang masih suam bersama dua sudu besar mayonnaise sampai sebati. Nak letak lebih mayonnaise pun boleh!
3. Pecahkan dan kacau dua biji telur di dalam mangkuk.
4. Selepas itu, anda boleh panaskan kuali dan cairkan butter. Kemudian, masukkan bawang putih dipotong halus dan goreng sehingga ia sedikit garing.
5. Seterusnya, masukkan nasi yang telah digaul mayonnaise tadi ke dalam kuali. Kemudian, tuang tiga sudu besar kicap dan kacau sebati.
6. Masukkan pula telur yang telah dikacau tadi ke dalam kuali. Pecahkan sehingga ia menjadi seperti scramble egg dahulu, baru kacau bersama nasi.
7. Akhir sekali, masukkan sedikit…