

Menteri Besar Amirudin Shari membentangkan proses bagi pemilik tanah persendirian menangani pencerobohan dan rumah ibadat dibina tanpa kelulusan, dengan mengambil kira aspek keselamatan.
Amirudin berkata proses sedia ada memerlukan pemilik tanah melantik peguam untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan sebarang pengosongan dan perobohan berlaku.
“Semua pihak tidak boleh mengambil tindakan sendiri tanpa melalui proses mahkamah. Ini berdasarkan Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkait tanah,” menurut kenyataan.
Seterusnya, pemilik tanah perlu membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat. “Sekiranya terbukti, proses pendakwaan bagi kesalahan pencerobohan akan bermula.”
Kemudian, menghantar notis kepada pihak yang menceroboh dan maklumkan secara rasmi kepada pejabat daerah. “Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD)…