
PETALING JAYA: Kerajaan persekutuan akan membantu kerajaan Terengganu melaksanakan kenaikan gaji bagi penjawat awam negeri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Datuk SUK (setiausaha kerajaan negeri) dan menteri besar (Ahmad Samsuri Mokhtar) jangan bimbang (peruntukan bagi kenaikan gaji penjawat awam).
“Kalau ada keperluan, insya-Allah kerajaan persekutuan akan bantu supaya tiada pegawai kerajaan yang ketinggalan termasuk di negeri-negeri,” katanya menurut Kosmo, pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Terengganu, di Kompleks Sukan Gong Badak.
Anwar berkata, keputusan menaikkan gaji penjawat awam mulai 1 Dis ini adalah muktamad.
Beliau yakin cadangan itu akan diluluskan Parlimen memandangkan blok kerajaan mempunyai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.
Pada 1 Mei sempena sambutan Hari Pekerja di Putrajaya,…