
KLUANG: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berharap perwatakan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah yang mudah didekati semua kaum mampu membawa kemenangan pada PRK Mahkota, esok.
Berucap pada ceramah grand finale perpaduan di Kampung Masjid Lama menjelang berlabuhnya kempen tengah malam ini, ketua Umno Johor itu secara berseloroh ‘ini calon banyak manis punya’, yang mendapat tepukan gemuruh orang awam yang hadir, majoritinya pengundi Cina.
Syed Hussien sebelum itu hadir ke pentas ceramah diiringi sekumpulan anak muda menunggang Yamaha RXZ, disambut meriah orang ramai yang mahu mengambil kesempatan bergambar dengannya.
“Sudah-sudah, lepas ni boleh lagi,” usik Onn Hafiz.
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) hadir pada ceramah itu antaranya Ketua DAP Johor Liew Chin Tong, Pengarah…