Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MB Kelantan ajak rakyat solat hajat susulan cuaca panas, kemarau

today25 April 2023

Background


Ahmad Yakob berkata keadaan yang dijangka berterusan sehingga Ogos depan turut menyebabkan kemarau berpanjangan dan memusnahkan tanaman pertanian.

Ahmad Yakob berkata rakyat Kelantan dianjurkan untuk melakukan solat hajat di kediaman masing-masing susulan keadaan panas dan kemarau yang melanda ketika ini. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Seluruh rakyat di Kelantan diseru melaksanakan solat hajat di kediaman masing-masing selain berdoa berikutan negara kini berhadapan dengan cuaca yang terlalu panas.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata keadaan yang dijangka berterusan sehingga Ogos depan turut menyebabkan kemarau berpanjangan dan memusnahkan tanaman pertanian.

Beliau berkata para imam juga disarankan melaksanakan solat hajat di masjid atau surau di seluruh negeri Kelantan memohon agar hujan dapat turun pada kadarnya demi kesejahteraan bumi dan seluruh penduduk.

“Saya menyeru rakyat Kelantan turut perbanyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah SWT serta mengambil peluang untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post