Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MB Muslim perlu adil, Amirudin tolak tumpu Melayu semata demi sokongan

today28 August 2023

Background


Amirudin Shari berkata, program saksama kepada rakyat akan tetap diteruskan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor tidak akan memberi tumpuan terhadap orang Melayu sahaja demi meraih kembali sokongan walaupun mereka tidak memihak gabungan parti kerajaan pada PRN lalu.

Menteri Besar Amirudin Shari, berkata gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) perlu memastikan keadilan dilaksanakan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum.

“Saya sebagai menteri besar, saya Melayu dan Muslim saya akan jaga semua Cina, India, Kadazan, Dusun, saya menteri besar untuk semua.

“Saya tidak akan ubah dasar, kita akan teruskan program yang saksama kepada rakyat. Bila kalah undi Melayu tak bermakna saya akan beri lebih kepada Melayu.

“Kita keadilan dan harus berikan keadilan dan melaksanakan keadilan walaupun jadi masalah, agama Islam kata akhirnya, perkara yang akan dinilai dalam kehidupan adalah keadilan,” katanya ketika berucap merasmikan penubuhan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohd Farhan Darwis


Previous post

Sukan

Ibu Rubiales kurung diri di gereja, lancarkan mogok lapar

Madrid: Ibu kepada Presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales yang berdepan kritikan meluas berikutan insiden mencium pemain, Jenni Hermoso minggu lalu, mengurung diri di dalam sebuah gereja dan mengumumkan mogok lapar untuk membantah ‘layanan tidak berperikemanusiaan’ kepada anaknya.

today28 August 2023