Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

MBDK Nafi Abai Kebajikan Haiwan Selepas Tular Isu Taman Kucing Klang Didakwa ‘Terbiar’

today3 September 2024

Background


Datuk Bandar Klang, Datin Paduka Noraini Roslan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan berpuas hati  dengan tahap kebersihan dan keselesaan kucing setelah mengadakan tinjauan di taman berkenaan.

Beliau memberitahu ada beberapa penambahbaikan akan dilakukan segera oleh MBDK dan akan dibantu pihak Sime Darby Property dalam masa terdekat bagi keselesaan kucing yang ada di taman itu.

“Saya menghargai keprihatinan orang awam dalam isu ini namun beberapa perkara yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali terutama kucing-kucing yang didakwa lapar dan terbiar.

“Malahan ada kematian kucing dalam jumlah yang banyak juga tidak benar dan hanya seekor sahaja yang mati (itu pun diletakkan di luar taman oleh individu tidak dikenali) selepas saya sendiri mengadakan tinjauan bersama pihak Sime Darby pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, pihaknya akan memasang jaring bagi mengelak keadaan panas di taman itu. Malah, pihak Sime Darby juga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman