Hot FM

MBJB naik taraf pam air tangani banjir kilat



Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mendengar taklimat pengurusan banjir, di Johor Bahru, hari ini. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat, di sini, dalam usaha menangani isu banjir kilat di bandar raya berkenaan.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, berkata antara kerja yang sedang dan akan dilaksana MBJB, termasuk menambah dua unit pam berkapasiti 25 kilowatt per jam (kWj) setiap satu di tiga lagi lokasi, iaitu kawasan Surau Tambatan, Restoran Malay Village dan Jalan Kampung Mohd Amin.

“Selain itu, pembersihan sampah sarap di perangkap sampah dan mendapan di dasar Sungai Chat serta menambah pembinaan tebatan di kawasan hulu, iaitu di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim dan kawasan pembangunan Pemaju Tanjung Nahkoda.

“Saya telah melawat beberapa tempat di (kawasan) Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang dilanda banjir (kilat)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version