
PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur festival Songkran yang diadakan di Batu Ferringhi baru-baru ini kerana melanggar syarat lesen hiburan, kata Timbalan Ketua Menteri Mohamad Abdul Hamid.
Mohamad mengesahkan penganjur mempunyai lesen hiburan yang sah tetapi tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
“Tindakan susulan sedang diambil terhadap penganjur terbabit.
“MBPP akan mengambil tindakan, termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur kerana gagal mematuhi syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan lapor Sinar Harian.
Terdahulu, Mufti Pulau Pinang Sukki Othman mengambil tindakan tegas selepas beberapa wanita separuh bogel menari ketika satu persembahan festival itu.
Menurut…