
GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) mempertimbangkan untuk menaikkan fi hotel, sekurang-kurangnya 50%.
Ketika ini, penghuni hotel empat bintang ke atas dikenakan cukai RM3 manakala RM2 untuk premis penginapan tiga bintang ke bawah.
Datuk Bandar Rajendran Anthony berkata kenaikan itu dicadangkan menampung perbelanjaan bagi mempromosi dan meningkatkan kemudahan pelancongan.
“Kita telah mempertimbangkan untuk kenaikan itu sejak dahulu. Saya tidak boleh beri jumlah tepat tetapi kenaikan mungkin pada kadar 50%,” katanya ketika ditemui selepas perasmian hotel di Lebuh Farquhar.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang turut hadir pada majlis itu berkata caj dikenakan itu telah membantu menampung perbelanjaan promosi dan pembangunan kemudahan.
Menurutnya, langkah itu selaras dengan permintaan Pulau Pinang sebagai destinasi terkemuka…