Isu panas yang berlegar di sekitar Kuala Lumpur di antara pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid dan PBT telah memuncak kepada satu perkembangan di mana tindakan Asri telah menyebabkan penangkapan tiga orang kakitangan MBSA yang bersubahat oleh pihak polis.
Dia yang lebih dikenali sebagai Asri Janggut telah bertindak membongkar aktiviti ‘pilih kasih’ daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga polis. Tindakan ini telah berjaya mencuri tumpuan golongan atasan apabila dia dijemput untuk bertemu dua mata bersama dengan Ketua Polis Negara dan Menteri Kementerian Dalam Negeri.

Walaupun dia dianggap hero dalam cerita ini, tetapi tindakan Asri Janggut itu kurang disenangi oleh beberapa peniaga lain. Sejak kes ini tular, pihak MBSA dan Polis telah bertindak lebih tegas dan mengenakan tindakan undang-undang di kawasan tersebut.
Ketahui selanjutnya di sini.
