Site icon Hot FM

MCA akan terus kritik PH dan DAP, kata naib presiden


Ti Lian Ker berkata, sebarang kritikan terhadap kerajaan akan dibuat berdasarkan ‘fakta dan statistik’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: MCA akan terus mengkritik Pakatan Harapan (PH), khasnya DAP, walaupun menjadi sebahagian daripada blok kerajaan perpaduan, kata Naib Presidennya Ti Lian Ker.

Katanya, MCA mahu menjadi semak dan imbang terhadap kerajaan perpaduan bagi memastikan ia bertahan sehingga tamat penggal.

Ti berkata, MCA secara khususnya akan terus mengkritik “mungkir janji, hipokrit, kegagalan dan pembohongan” DAP.

Beliau memberi contoh DAP melakukan pusingan U dalam isu seperti sistem kuota Bumiputera di universiti awam, yang dahulu dibantah parti itu.

Ti berkata, DAP yang paling lantang mengkritik sistem itu dahulu, kini mendiamkan diri berhubung isu terbabit.

“Adalah malang DAP tiba-tiba membisu dalam isu seperti ini yang sebelum ini mereka lantang dan pernah gunakan terhadap MCA,” katanya kepada FMT.

Bekas timbalan menteri belia dan sukan itu berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version