
PETALING JAYA: MCA masih belum memutuskan senarai calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Hasni Mohammad.
Hasni yang juga calon Menteri Besar BN itu berkata, dalam pada Umno dan MIC yang sudah memutuskan calon, MCA mahu memastikan calon yang dipilih benar-benar berkelayakan dan menepati sasaran diletakkan gabungan itu dalam PRN Johor.
Sementara itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 70% calon diumumkan dalam PRN Johor adalah muka baharu.
Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 80% calon BN itu terdiri daripada 55 tahun ke bawah dan mempunyai kelulusan akademik tinggi
“Calon terpilih calon terbaik daripada yang baik-baik.
“Semoga tenaga baru lebih tenaga beri khidmat terbaik di Johor,” katanya…