
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menegur MCA agar tidak meremehkan sensitiviti orang Melayu, mengingatkan bahawa parti itu bergantung pada sokongan Melayu untuk memenangi dua kerusi Parlimennya.
Membalas kenyataan Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng yang memintanya merenung mengapa orang bukan Melayu tidak menyukainya, Akmal turut meminta parti itu ‘merenung’ dua kerusi Parlimen dimenanginya.
“Cuba renung juga, dua kerusi (Parlimen) yang kamu menang itu di kawasan apa … takut-takut kamu terlupa, saya ingatkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
MCA diwakili di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong, yang juga presiden parti, dan Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng.
Kedua-dua kawasan itu merupakan kerusi campuran, dengan masyarakat Melayu majoriti…