
Pemimpin MCA bertindak meninggalkan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) untuk PRN Melaka kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan berkait pengagihan kerusi.
Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata kerusi yang pernah ditandingi parti itu telah diberikan kepada parti lain tanpa sebarang rundingan, meskipun MCA merupakan parti komponen BN sejak sekian lama.
“MCA tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Kami berhak dilayan dengan penuh hormat. Bagaimana keputusan boleh dibuat bagi pihak MCA tanpa persetujuan kami sedangkan presiden MCA masih di sini?” katanya yang dipetik sebagai berkata oleh The Star.
Wee meninggalkan majlis di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka bersama Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon, dan pemimpin daripada enam bahagian MCA di Melaka.
Beliau berkata setiausaha eksekutif BN telah memaklumkan MCA…