Hot FM

MCA Melaka mahu tanding 7 DUN jika BN gerak solo


Ngwe Hee Sem
Naib Pengerusi MCA Melaka Ngwe Hee Sem berkata, keputusan mengenai jumlah kerusi akan ditandingi partinya pada PRN akan datang belum dibincangkan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

MCA Melaka menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya tujuh kerusi pada PRN sekiranya Barisan Nasional (BN) bergerak solo tanpa kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Naib Pengerusi MCA Melaka Ngwe Hee Sem berkata, parti itu turut bertanding di tujuh kerusi pada PRN lepas dan mahu mengekalkan jumlah itu.

Perkara itu bagaimanapun belum dibincangkan, katanya, dan menunggu keputusan kepimpinan tertinggi gabungan negeri.

“Kekal angka itu atau tidak, kita tunggu keputusan Pengerusi BN (Melaka) Ab Rauf Yusoh. Perkara ini belum dibincangkan lagi,” katanya di Japerun Machap Jaya hari ini, lapor Sinar Harian.

“Kalau ikut MCA, kita memang mahu bertanding tujuh kerusi jika BN bertanding solo, tapi jika PH-BN bekerjasama dalam PRN, kita serahkan penentuan jumlah kerusi itu kepada Ab Rauf.”

Penggal DUN…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version