Hot FM

MCA menang 8 kerusi di Johor, atasi DAP


mca dap
Pencapaian terbesar MCA pada PRN Johor kali ini ialah merampas semula Tangkak, Jementah dan Johor Jaya yang dipegang DAP sejak 2013.
PETALING JAYA:

MCA memenangi lapan kerusi DUN pada PRN Johor, mengatasi DAP yang memperoleh enam kerusi, sekali gus mencatat pencapaian terbesar parti itu dalam tempoh lebih sedekad.

Keputusan itu dilihat mengubah corak persaingan antara kedua-dua parti selepas MCA berulang kali kehilangan kerusi bandar majoriti Cina kepada DAP sejak 2013.

Ia juga dijangka meredakan desakan terhadap MCA supaya keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Pencapaian paling menonjol MCA ialah merampas semula tiga kerusi tradisinya, iaitu Tangkak, Jementah dan Johor Jaya, yang dikuasai DAP sejak PRN 2013, 2018 dan 2022.

Walaupun berjaya menawan semula kerusi berkenaan, kemenangan MCA kali ini dicapai dengan majoriti yang lebih kecil berbanding ketika parti itu pernah menguasainya sebelum ini.

MCA turut mempertahankan Pekan Nanas, Yong Peng, Bekok dan Paloh yang dimenanginya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version