Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Vkusno & Tochka, pengganti jenama McDonald’s dibuka semalam dengan sambutan yang memberangsangkan apabila ratusan orang mula beratur mahu mencuba makanan segera terbaharu itu, lapor media antarabangsa.
McDonald’s sebelum ini menarik diri dari Rusia selepas bermulanya pencerobohan Vladimir Putin ke atas Ukraine. Bukan sahaja McDonald’s, banyak syarikat lain yang menghentikan operasi di Rusia selepas berlakunya perang di sana.

Rusia telah dikenakan sekatan keras berikutan pencerobohan tanpa provokasi ke atas Ukraine.
McDonald’s pernah mengendalikan lebih daripada 800 buah kedai di seluruh Rusia, tetapi sejak menarik diri dari negara itu, McDonald’s telah menutup keseluruhan cawangan jenama mereka di sana.
Bagaimanapun, gergasi makanan segera itu baru-baru ini menjual keseluruhan jenama itu dengan bayaran yang tidak didedahkan kepada ahli perniagaan Rusia Alexander Govor,…