
Kerajaan tidak dapat meneruskan siasatan terhadap dakwaan wujudnya kempen kecerdasan buatan (AI) untuk mempengaruhi pengundi kerana firma teknologi AS, Anthropic, masih belum memberi respons terhadap permohonan maklumat, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Teo berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memerlukan bahan bukti untuk menjalankan siasatan lanjut, dan menggesa Ahli Parlimen yang mempunyai maklumat supaya berkongsinya dengan badan kawal selia itu.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) tentang mengapa kementerian tidak mempunyai sebarang perkembangan terkini sejak jawapan Parlimen pada 11 Nov lepas.
Wan Saiful turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak membuat laporan berhubung dakwaan Anthropic bahawa ada pihak…