

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan ketidakpadanan antara bil muatan dan pergerakan fizikal kargo petroleum di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor
Presidennya Jais Abdul Karim berkata sekiranya dakwaan berhubung percanggahan antara dokumentasi bil muatan atau Bill of Lading (BL) dengan pergerakan sebenar kargo mempunyai asas, ia boleh membuka ruang kepada pelbagai bentuk salah laku.

Menurutnya, SPRM wajar memberi perhatian segera terhadap dakwaan itu sekiranya ada elemen rasuah, salah guna kuasa atau pemalsuan dokumen kerana berisiko membuka ruang untuk penipuan perdagangan, manipulasi dokumentasi, pengelakan cukai dan duti, penyeludupan produk petroleum serta amalan pengubahan wang haram.
“Dalam industri petroleum yang melibatkan transaksi bernilai jutaan ringgit…